Pasti masih ramai lagi tertanya – tanya apakah yang dimaksudkan dengan “ROOT” dalam Android. Biar kami jelaskan apa itu root. Root dalam erti kata yang mudah untuk difahami ialah proses yang membolehkan pengguna telefon pintar Android mengakses keseluruhan fail sistem bagi memberikan sepenuh kawalan terhadap sistem telefon mereka. Bagi pengguna iOS, proses ini dipanggil sebagai “Jailbreak”.
Antara kelebihan utama Root adalah keupayaan untuk mengawal keseluruhan sistem telefon dan membolehkan pengguna untuk menginstal pelbagai aplikasi yang sebelum ini dinafikan oleh sistem Android. Disini kami senaraikan beberapa kelebihan telefon Android yang sudah di Root.
Kelebihan Root :
1. Memberikan kawalan penuh pada sistem Android anda
2. Membolehkan “Backup dan Restore” pada seluruh sistem
3. Dapat menggunakan aplikasi-aplikasi istimewa seperti aplikasi permainan beresolusi tinggi
4. Membolehkan pengguna mengubah dan memilih ROM pilihan anda
Kekurangan Root :
1.Boleh mematikan waranti telefon anda
2.Serangan virus mungkin terjadi
AMARAN
Proses me “Rooting” ini boleh menyebabkan telefon anda menjadi “Brick” . Oleh itu, pastikan kajian dibuat terlebih dahulu untuk memastikan tiada kerosakan terjadi kepada telefon pintar kesayangan anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan keupayaan sedia ada telefon anda, maka proses root amatlah tidak digalakkan.