Saturday, April 19, 2014

Zombi Kilang Biskut (2014) DVDRip : Free Movie Download

Zombi Kilang Biskut (2014) DVDRip : Sipnosis : Movie Download



Pelakon : Awie, Usop Wilcha, Soffi Jikan, Eina Azman, Adam Af, Dayana Roza, Ilya Buang, Wani Ns, Shuk Balas


Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai ‘supervisor’ atau penyelia selepas di­isytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura. Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit. Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis meng­isytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan. Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi. Namun masalah timbul ketika Husin bersama rakannya berusaha memusnahkan kumpulan zombi itu dengan menang­kap ketua kumpulan pengedar dadah itu.

ne link downloadnya Pencuri Movie

Friday, March 28, 2014

Duit Makan Ikan Kelisa : Pembayaran Ke 21

Duit Makan Ikan Kelisa : Pembayaran Ke 21


28-03-2014 RM 150 x 4 = RM 600 Untuk Kali Ke 21 ada lagi 3 Bulan Lagi..



Untuk Kali Ke 21 ada lagi 3 Bulan Lagi..

Saturday, March 22, 2014

E Cig Ds mod Tank Aga T : oh ikan kelisa


Iwan Syahman - Siksa Neraka Lirik Lagu : Oh Ikan Kelisa

Kau tahu judi adalah haram
Tapi kau tetap melakukannya
Kau tahu zina adalah dosa
Tapi kau tetap menghampirinya

Nasihat demi nasihat telah diberi
Agar kau cepat bertaubat
Peringatan demi peringatan
Tetapi tak juga kau hiraukan kan kan kan

Maka tunggulah azab Allah akan datang
Maka nantikanlah siksa neraka itu
lacasabiru.blogspot.com
Seburuk-buruknya balasan

Kau tahu judi adalah haram
Tapi kau tetap melakukannya
Kau tahu zina adalah dosa
Tapi kau tetap menghampirinya

Nasihat demi nasihat telah diberi
Agar kau cepat bertaubat
Peringatan demi peringatan
Tetapi tak juga kau hiraukan kan kan kan

Maka tunggulah azab Allah akan datang
Maka nantikanlah siksa neraka akan datang (4X)

Tuesday, March 4, 2014

saja nk kongsi app yg aku guna.. free dan tak dak iklan.. interface pun terbaek ooo..

http://waktusolatapp.com/

Sunday, March 2, 2014

Bergurau Ada Batasnya Fikir Dulu Sebelum Cakap : Copy WhatsApp

INFO: BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBLUM CAKAP.         

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:         
1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)         
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)         
3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)         
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)         
5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)         
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)         
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)         
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)         
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)         
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)         
"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.         
p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.         
Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain
Bahaya Nie...baru tau . masya Allah ! Syirik kecil boleh jadi macam ni. Situasi:
1) Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.  2)Azlie bertanya kpd Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb, "Dah, semalam."
Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? So copypaste laa. Ilmu untuk dikongsi bukan utk dijual beli. Sumber 'Usrah' tv 119 .

Wednesday, February 26, 2014

Duit Makan Ikan Kelisa : Pembayaran Ke 20

Duit Makan Ikan Kelisa : Pembayaran Ke 20


26-02-2014 RM 150 x 4 = RM 600 Untuk Kali Ke 20 ada lagi 4 Bulan Lagi..



Untuk Kali Ke 20 ada lagi 4 Bulan Lagi..

Thursday, February 20, 2014

Dialog Telepon Genting

Release tension sket...��

Seorg ayah niat bercuti dengan anak dan isterinya di genting.. beliau telefon ke hotel di genting highland..
Ayah: saya nak sewa bilik satu mlm..berapa ringgit??
Hotel: satu malam rm 300 tetapi kalau nak main.. kena bayar lain..
Ayah: knp saya nak bayar kalau nak main?? Sy pergi dgn isteri saya..
Hotel: memang kat sini mcm tu encik.. kalau bilik saje rm300.. kalau nak main..kena bayar lain.. walaupun dengan isteri encik..
Ayah: mcm mana awak tahu saya main ke tak..
Hotel: selepas encik bayar.. sebelum masuk..kita pakaikan gelang dulu..
Ayah: awak ingat saya tak mampu ke sampai nak pakaikan GELANG???
Hotel: bukan mcm tu encik.. bila dah pakai gelang.. encik dah bebas main berapa kali pun dalam sehari..
Ayah: saya nak main brapa kali pun..ikut suka hati saya la..
Hotel: maafkan saya encik.. tapi kita ada pakej family.. ibubapa... anak bleh main sekali..hanya sekali bayar sahaja...
Ayah: WOIIIIII ANAK AKU BARU 5 TAHUN LA....
Hotel: o.. 5 tahun bleh main free.. xpyh pakai gelang...
Ayah: kurang ajar... ( terus letak telefon)

��������

Wednesday, February 19, 2014

Maksud Istidraj : Oh Ikan Kelisa

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? lacasabiru.blogspot.comKatanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Tuesday, January 28, 2014

Duit Makan Ikan Kelisa : Pembayaran Ke 19

Duit Makan Ikan Kelisa : Pembayaran Ke 19


28-01-2014 RM 150 x 4 = RM 600 Untuk Kali Ke 19 ada lagi 5 Bulan Lagi..



Untuk Kali Ke 19 ada lagi 5 Bulan Lagi..

Cara Mudah Mencari Muka Surat Al Quran : Copy WhatsApp

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! 


Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...