Monday, October 8, 2012

Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa Shut Down : Oh Kelisa



Hiasan



Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa Shut Down Mesti ada di antara korang yang suka tutup komputer/laptop tanpa tekan butang Shut Down atau Turn Off terlebih dahulu bukan? yaa. memang ada, ni kerana disebabkan malas hendak menunggu proses shut down yang agak mengambil masa. Tetapi tahukah anda, ada kesan buruk jika tutup komputer/laptop tanpa shutdown komputer..
Mari baca info ini antara kesan buruknya.. Antara kesan buruk menutup laptop/komputer tanpa shutdwon ialah :-

1. Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.

2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.

3. Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.

4. Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.

5. Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

No comments:

Post a Comment