Monday, November 5, 2012

Makanan Arowana : Oh Ikan Kelisa


Arowana adalah sejenis ikan pemaging (carnivorous). Di alam liar, makanan rujinya terdiri daripada serangga, ikan-ikan kecil (meadow fishes), udang-udang kecil (shrimps), cacing dan amfibia kecil. Makanan mentah amat digemari arowana, tetapi ia juga boleh dilatih untuk menerima kepelbagaian makanan alternatif yang lain. Mempelbagaikan makanan arowana adalah satu KEMESTIAN, bagi mengelakkan dirinya daripada kekurangan zat-zat makanan sebagai sumber utama tumbesarannya.

Arowana kecil (bawah 15sm) harus diberi makan tiga kali sehari, arowana muda (15-35sm) dua kali sehari manakala arowana dewasa (35sm ke atas) pula sekali sehari atau berselang sehari. Ikan hidup yang tinggi kandungan lemak, hanya boleh dijarakkan pemberiannya kepada arowana bagi mengelakkan permasalahan sindrom bermata jatuh (down-eyed syndrome). Jika arowana terlebih diberi makan (over fed) dalam jangka-waktu yang berterusan, ini menyebabkan ia mula kehilangan selera untuk makan, jesteru akan melaparkan dirinya selama beberapa hari. Terlebih diberi makan juga mampu memendekkan jangka-hayat arowana malah memudaratkan keupayaannya untuk membiak.

Makanan hidup umumnya lebih berzat berbanding makanan sejawatnya yang lain. Walaubagaimanapun, risiko penyebaran wabak penyakit adalah lebih tinggi dengan kepenggunaan makanan jenis ini. Makanan-makanan hidup haruslah DIKUARANTIN beberapa hari sebelum diberi kepada arowana. Jika anda khuatir dengan jenis-jenis makanannya yang tertentu, kata-kata ingatan buat anda tentang perkara ini adalah; "Jika Terdapat Sebarang Keraguan, Jangan Sesekali Menggunakannya."

Serangga
Cengkerik:

Cengkerik adalah sejenis makanan yang berkhasiat untuk arowana. Risiko penyebaran wabak penyakit juga rendah. Gunakan saiz cengkerik yang sesuai bagi setiap saiz arowana. Kaki cengkerik yang berduri halus, haruslah dibuang sebelum diberi kepada anak-anak arowana bagi mengelakkan kecederaan usus. Dapatkan cengkerik yang diternak daripada penternak cengkerik sahaja (yang ada dijual di kedai ikan), memandangkan cengkerik liar dibimbangi telah dicemari dengan racun serangga perosak. Anda juga boleh memberi makan cengkerik-cengkerik dengan makanan bervitamin seperti lobak merah sebelum diserahkan kepada arowana. Ini adalah cara terbaik bagi memindahkan khasiat. Vitamin A daripada lobak merah mampu meningkatkan warna arowana (terutama sekali arowana kategori Merah).

Lipas:
Sama seperti cengkerik. Jangan sesekali beri lipas mati kepada arowana kerana dikhuatiri lipas tersebut telah dicemari racun serangga. Adalah dinasihatkan, supaya mengkuarantin lipas-lipas beberapa hari sebelum digunakan. Ini bertujuan sebagai pengesahan, kerana lipas-lipas yang telah dicemari racun serangga pasti akan mati dalam tempoh beberapa hari kemudian.

Lipan:
Lipan juga adalah sejenis makanan arowana yang sangat berkhasiat. Ia sering digunakan di Asia khusus bagi meningkatkan warna arowana. Sayang sekali, keupayaan untuk sering mendapatkannya adalah rendah. Sungguhpun demikian, lipan-lipan beku juga ada dijual berbanding dengan lipan-lipan hidup.

Ikan

Ikan Hidup:

Selagi ia tidak beracun manakala saiznya mudah untuk dihadam, bolehlah dijadikan makanan arowana.Ikan-ikan umpanan seperti ikan-ikan peragut kecil, anak-anak koi, anak-anak keli, anak-anak toman, dan anak-anak tilapia adalah antara yang boleh digunakan. Perlu diingat, terdapat potensi penyebaran wabak penyakit apabila makanan jenis ini digunakan. Jesteru, langkah yang bijak adalah dengan mengkuarantin bagi mengetahui sebahagian ikan-ikan yang sakit. Untuk memindahkan zat-zat atau unsur-unsur ubatan kepada arowana, ikan-ikan tersebut haruslah diberi makan dengan makanan-makanan yang berzat. Sesetengah ikan seperti ikan mas misalnya, kaya dengan kandungan lemak dan dibimbangi akan mengundang masalah sindrom bermata jatuh. Ikan mas juga dipercayai mengandungi enzim-enzim yang mampu menyusutkan zat-zat dalam tubuh arowana. Oleh itu, cuba jarakkan kepenggunaannya atau dengan tidak menggunakannya sama sekali.

Daging Ikan Segar:

Gunakan daging ikan yang segar sahaja. Siang selaput lemaknya terlebih dahulu dan potong kepada saiz hadaman (kubid), kemudian dibilas sebelum diberi kepada arowana bagi menghindari pencemaran dari sumber airnya. Cuba elak daripada menggunakan daging ikan beku, kerana pengenyahan protein akibat proses pembekuan akan menjurus kepada penyakit hati dan kerosakan organ-organ dalaman arowana untuk jangka-panjang.

Krustasia

Udang Kecil & Sederhana:

Udang bersaiz kecil dan sederhana kaya dengan vitamin A. Elakkan daripada memberi makan anak-anak arowana dengan makanan jenis ini kerana kulit udang sukar untuk dicernakan, malah boleh mencederakan usus. Gunakan kuantiti udang yang perlu sahaja dan jangan sesekali dibiarkan sehingga udang-udang ini berlegar-legar di dasar tangki. Jika dibiarkan berterusan, pasti menjerumuskan arowana untuk mencari dan merenung ke dasar dalam tempoh yang tertentu, jesteru dikhuatiri akan menyegerakan sindrom bermata jatuh. Adalah diingatkan, udang juga berpotensi dalam menyebarkan wabak penyakit.

Daging Udang:

Pilihlah udang-udang yang segar. Cuba elak daripada menggunakan udang-udang beku melainkan anda benar-benar pasti dengan tahap kesegarannya. Perlu diingatkan sekali lagi, pengenyahan protein akibat proses pembekuan, boleh menjurus kepada penyakit hati dan kerosakan organ-organ dalaman arowana untuk jangka-panjang. Pembuangan kepala udang amat disyorkan memandangkan ia sukar untuk dicerna, malah insangnya juga dikhuatiri mengandungi kepekatan toksin atau kuman yang tinggi. Sediakan daging udang dalam bentuk yang mudah dihadam dan dibilas terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cacing

Cacing Merah:

Cacing merah (bloodworm) adalah sejenis makanan anak-anak arowana yang paling utama serta amat berkhasiat. Ia harus dibilas terlebih dahulu bagi mengenyahkan bendasing yang terdapat daripadanya sebelum boleh digunakan. Jangan beri anak-anak arowana cacing merah beku, dibimbangi akan menyebabkan sembelit. Elakkan daripada diberi cacing merah tua, kerana isinya yang kenyal akan menyukarkan penghadaman. Cacing merah hidup yang segar lebih digemari, akan tetapi secara komersialnya di pasaran hanyalah daripada jenis cacing merah beku dan cacing merah kering. Cacing merah kering juga boleh digunakan untuk anak-anak arowana.

Cacing Rumpai:

Cacing rumpai (cacing tubifex) ini dikumpulkan dari saliran atau parit yang sudah pasti tinggi tahap pencemarannya dan haruslah dielakkan pemberiannya kepada arowana, melainkan ia telah diproses dengan sewajarnya. Pembiak komersial sering mendakwa bahawa produk mereka bebas daripada kekotoran, tetapi sumber-sumber kedatangannya masih menimbulkan persoalan. Ingat akan kata-kata ini, "Jika Terdapat Sebarang Keraguan, Jangan Sesekali Menggunakannya." Perkara ini menjurus kepada cacing rumpai beku juga. Cacing rumpai beku bebas daripada kekotoran, tetapi dikhuatiri kuman yang hidup di bawah paras beku tidak akan dapat terlupus. Kandungan zat besi daripada sumber-sumbernya juga masih diragukan.

Cacing Burung:

Cacing burung (mealworm) amat menyihatkan lagi berkhasiat. Elakkan daripada diberi kepada anak-anak arowana, kerana cengkerang atau kulitnya yang keras kelak menyukarkan penghadaman dan akan menjurus kepada masalah ketidakcernaan atau kecederaan dalaman. Gunakan hanya cacing burung yang baru sahaja menggelupaskan kulitnya. Kulit cacing burung yang berwarna gelap menandakan ia agak tua. Jadi, pilihlah cacing burung yang berwarna cerah. Teknik melemaskan cacing burung sebelum diberikan kepada arowana adalah disyorkan, itupun jika arowana dapat menerima cacing burung yang telah mati. Kepala cacing burung haruslah dibuang terlebih dahulu bertujuan mengurangkan masalah ketidakhadaman.

Cacing Tanah:

Cacing tanah (earthworm) adalah sejenis lagi makanan arowana yang menyihatkan lagi kaya dengan zat. Risiko penyebaran wabak penyakit juga adalah rendah. Memerah cairan daripada perut cacing tanah terlebih dahulu adalah disyorkan. Atau, ia diberi makanan-makanan yang bervitamin bagi mengenyah-gantikan segala kekotoran pemakanannya sebelum ini, lalu memindahkan zat-zat kepada arowana. Cacing tanah juga amat disyorkan oleh kebanyakan pemelihara ikan akuarium.

Makanan-Makanan Batangan & Butiran

Secara komersialnya, sudah terlalu banyak makanan-makanan batangan (stick-foods) dan butiran (pellets) di pasaran hari ini. Kandungan khasiat dan vitaminnya juga pelbagai mengikut harga yang ditawarkan. Pilihlah daripada jenama yang bereputasi cemerlang dan terjamin kualitinya. Makanan-makanan batangan dan bijian yang khusus untuk arowana adalah disyorkan, sebagai alternatif selain makanan-makanan segar dan hidup. Walaubagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan satu-satunya makanan arowana tanpa ada makanan-makanan yang lain.

Amfibia & Cicak

Katak:

Katak adalah sejenis makanan arowana yang cukup berkhasiat, malah sering dijadikan makanan utamanya di Asia. Anda harus menyedari perihal katak terlebih dahulu, samada daripada jenis beracun ataupun tidak. Katak-katak juga perlu dikuarantin beberapa hari, sebelum diberi kepada arowana. Kebiasaannya, katak diperolehi dari petak sawah yang mana kepenggunaan racun serangga perosak acapkali digunakan. Jangan sesekali diberi katak yang telah mati kepada arowana jika punca kematiaannya tidak diketahui. Katak juga mampu meningkatkan warna arowana.

Cicak & Gekko:

Cicak dan gekko (gecko - cicak hutan bersaiz luarbiasa) juga sungguh berkhasiat, malah amat digemari oleh ikan-ikan pemaging. Cicak dan gekko lazimnya tidak dijual secara meluas memandangkan permintaan ke atas mereka tidak begitu tinggi. Gekko boleh ditemui di dalam rumah berhampiran kawasan ladang getah atau di kawasan hutan. Tidak begitu mudah untuk mendapatkannya, kerana bukan sahaja saiznya yang luarbiasa (dewasa mampu membesar sehingga 2 kaki), malah haiwan ini juga mampu menggigit jika berasa terancam. Sekiranya ia berjaya diperolehi, usaha anda itu tidak menjadi sia-sia, kerana ia juga mampu meningkatkan lagi warna arowana oleh kerana khasiat yang terkandung daripadanya. KUARANTIN adalah satu kemestian. Berkemungkinan cicak dan gekko telah memakan serangga yang dicemari racun serangga, meskipun kemungkinannya dirasakan rendah.

No comments:

Post a Comment