Tips Untuk Suami Tahan Lama
BAGAIMANAKAH cara terbaik untuk melengahkan ejakulasi ketika bersetubuh?
HAL
Lumut, Perak
Untuk melengahkan proses ejakulasi, pastikan pergerakan ketika bersetubuh itu terkawal. Gerakkan ereksi dengan kemutan dalam keadaan zakar padat yang berlaku akibat kemutan. Zakar yang bergerak dengan kekuatan dan sokongan otot kemutan dapat bertahan lama.
Selain itu, anda perlu mengawal minda dan jangan terlalu gelojoh yang boleh menyebabkan ejakulasi berlaku awal.
Tips Untuk Suami Tahan Lama
DALAM setiap perkahwinan, seks antara pelengkap kebahagiaan. Hubungan seks yang menyeronokkan membantu setiap pasangan menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.
Tidak dinafikan, kegagalan dalam hubungan seks mampu menjadikan rumah tangga berantakan hingga membawa kepada perceraian! Saya kerap dihujani pertanyaan daripada lelaki yang gagal dalam persetubuhan apabila ketegangan atau ereksi kemaluan tidak bertahan lama. Apabila mahu memasukkannya, ia mengendur! Ia berbeza jika mereka melakukan onani, di mana zakar dapat ereksi lebih lama.
Masalah sedemikian boleh menyebabkan tekanan kepada suami kerana tidak dapat memuaskan isteri, manakala isteri pula pasti kecewa.
Untuk mengatasi masalah itu, anda perlu memantapkan otot kemutan supaya ereksi dalam keadaan tegap dan padat. Otot kemutan digunakan untuk menahan najis dan kencing.
Jika kekuatannya sempurna, otot kemutan boleh dikekalkan kemutan ketika bergerak atau berdayung sewaktu bersama.
Apabila terasa hendak klimaks, hentikan pergerakan dan apabila perasaan hendak klimaks itu hilang, teruskan dayungan dengan memadatkan kemutan! Lakukan senaman kemutan atau ‘kegel’ (mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing) 10 hingga 20 kali setiap sesi. Dalam sehari, anda boleh melakukan sekurang-kurangnya empat sesi.
Ada juga lelaki mengalami keciciran darah daripada salur ven ketika ereksi dan lama-kelamaan, ereksi menjadi kendur jika tiada rangsangan. Ereksi kekal ketika onani kerana rangsangan dilakukan dengan tangan.
Ini tidak berlaku ketika bersetubuh dengan pasangan kerana rangsangan daripada isteri tidak sama dengan tangan, tambahan pula apabila individu itu terikat dengan tabiat onani! DALAM setiap perkahwinan, seks antara pelengkap kebahagiaan. Hubungan seks yang menyeronokkan membantu setiap pasangan menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.
Tidak dinafikan, kegagalan dalam hubungan seks mampu menjadikan rumah tangga berantakan hingga membawa kepada perceraian! Saya kerap dihujani pertanyaan daripada lelaki yang gagal dalam persetubuhan apabila ketegangan atau ereksi zakar tidak bertahan lama. Apabila mahu memasukkannya ke dalam faraj isteri, ia mengendur! Ia berbeza jika mereka melakukan onani, di mana zakar dapat ereksi lebih lama.
Masalah sedemikian boleh menyebabkan tekanan kepada suami kerana tidak dapat memuaskan isteri, manakala isteri pula pasti kecewa.
Untuk mengatasi masalah itu, anda perlu memantapkan otot kemutan supaya ereksi dalam keadaan tegap dan padat. Otot kemutan digunakan untuk menahan najis dan kencing.
Jika kekuatannya sempurna, otot kemutan boleh dikekalkan kemutan ketika bergerak atau berdayung sewaktu bersetubuh.
Apabila terasa hendak klimaks, hentikan pergerakan dan apabila perasaan hendak klimaks itu hilang, teruskan dayungan dengan memadatkan kemutan! Lakukan senaman kemutan atau ‘kegel’ (mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing) 10 hingga 20 kali setiap sesi. Dalam sehari, anda boleh melakukan sekurang-kurangnya empat sesi.
Ada juga lelaki mengalami keciciran darah daripada salur ven ketika ereksi dan lama-kelamaan, ereksi menjadi kendur jika tiada rangsangan. Ereksi kekal ketika onani kerana rangsangan dilakukan dengan tangan.
Ini tidak berlaku ketika bersetubuh dengan pasangan kerana rangsangan daripada faraj tidak sama dengan tangan, tambahan pula apabila individu itu terikat dengan tabiat onani! - Harian Metro
No comments:
Post a Comment